Total Pageviews

Thursday, 11 October 2012

Koleksi Soalan Peribahasa PMR



Koleksi Soalan Peribahasa
Nama: ______________________
Tingkatan : _______________

Arahan : Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan berikut.


1. Mak Limah berasa sedih apabila  mendengar kata-kata anaknya yang mengguris perasaan itu.                           
    Perasaan Mak Limah ketika itu ibarat …..         
    A  kaca terhempas ke batu                                 
    B  ikan kena tuba                                                   
    C  embun di hujung rumput                               
    D  gunting makan di hujung             
                                                                                                                                                                   
2.  Hubungan yang amat akrab antara  Tee Ann dengan Zahara menyebabkan
     sering kelihatan bersama walau di mana sahaja.
     Pernyataan di atas tepat dengan peribahasa…….
     A  bagai dakwat dengan kertas
     B  bagai aur dengan tebing
     C  seperti cincin dengan permata
     D  seperti mentimun dengan durian

3.  “Pemberian kamu ini amat berharga  bagi saya kerana inilah yang saya                                               harap-harapkan selama ini,” kata Rajan kepada Iqbal.Situasi di atas tepat dengan peri-
bahasa ………
A  untung sabut timbul,untungbatutenggelam
B  hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
C  ada ubi ada batas, ada masa dapat balas
D  kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

  4.  Aiman dan Zamri bersahabat baik  mendengar kata-kata anaknya yang                                
     mengguris perasaan itu. Perasaan Mak Limah ketika itu ibarat …..         
    A  kaca terhempas ke batu                                 
    B  ikan kena tuba                                                    
    C  embun di hujung rumput                                
    D  gunting makan di hujung                                 
                                                                                                                                                                   
5   Arif menyiapkan kelengkapan untuk ke asrama walaupun dia belum mendapat
tawaran ke asrama yang dipohonnya.Sikap Arif di atas tepat dengan peribahasa
A  yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
B  burung terbang dipipiskan lada.
C  harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
D  baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.

6.   Para pekerja di syarikat itu amat gembira pada bulan ini kerana diberi bonus yang
tinggi oleh majikan mereka.
Para pekerja tersebut dikatakan…….
A  ada gula ada semut
B  alah bisa tegal biasa
C  cepat kaki, ringan tangan
D  mendapat durian runtuh

7.   Adik yang baru kali pertama berpuasa  pada hari ini nampak lemah dan tidak
      bermaya sekali. Keadaan adik tepat dengan peribahasa …
      A  seperti ikan kena tuba 
      B  seperti ayam berak kapur
      C  seperti cicak makan kapur
      D  seperti cacing kepanasan
     
8.   Sundram terpinga-pinga apabila dituduh  mencuri dompet Shalin,sedangkan dia
      tidak bersalah dalam hal tersebut.Pernyataan di atas tepat dengan
      peribahasa….
      A  lembu punya susu, sapi dapat nama.
      B  orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.    
      C  seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit.
      D  siapa yang makan lada, dialah yang berasa pedas.

9. Peribahasa “carik-carik bulu ayam,  lama-lama bercantum juga” mempunyai maksud yang hampir sama    dengan peribahasa…
      A  bagaimana acuan, begitulah kuihnya
      B  setinggi-tinggi terbang bangau,  akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.
      C  air dicincang tidak akan putus.
      D  gigi dengan lidah adakalanya tergigit juga.

10. Pemuda itu telah menceritakan bahawa kunci kejayaannya adalah berkat usaha
      dan kerja kerasnya yang berterusan sejak dahulu. Perbuatan ini ibarat
      A  berjagung-jagung dahulu sementar  menanti padi masak.
      B  kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. 
      C  ke bukit sama didaki, ke lurah sama
      D  lain dulang lain kaki, lain orang lain  orang banyak ragam
    

11. Peribahasa-peribahasa yang berikut  mempunyai maksud yang hampir sama kecuali   
      A  banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

     B   rambut sama hitam, hati lain-lain.
     C  di luar bagai hempedu, di dalam bagai madu.
     D  lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

12.  Berita tentang kepulangan Ahmad dengan gadis Inggeris itu ke kampung telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat kampung.Keadaan ini dikatakan sebagai …
       A  buah tangan.
       B  isi hati.
       C  buah mulut.
       D  buah hati.

13.  Zaitun dinasihati oleh Tuk Penghulu
        supaya jangan membuat tuduhan tanpa
        periksa terhadap diri Maimunah. Situa-
        si ini dianggap sebagai
        A  mulut tempayan.  B  serkap jarang.
        C   ringan mulut.      D   iri hati.

14.  Jais seorang pemuda yang baik hati dan suka menolong orang. Perbuatan-
        nya dikatakan sebagai 
        A  senapang bambu.
        B  ringan tulang.
        C  paku belanda.
        D  buta hati.

15.  Razali sentiasa berhati-hati ketika bercakap agar tidak menyinggung perasaan
       orang lain. Perbuatan ini ibarat
       A  biar buruk kain dipakai, asal pandai menjaga hati.
       B  gigi dengan lidah adakalanya tergigit juga.
       C  biar tersalah kain, jangan tersalah cakap.
       D  biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

  1.  Encik Yusuf sangat rajin bekerja sehingga perniagaannya bertambah maju. Prinsip perniagaan Encik Yusuf ialah orang yang bekerja senang mendapat rezeki.
Situasi ini dianggap sebagai
A  hempas tulang, berisi perut.
           B  genggam bara api biar sampai jadi arang.
      C  sediakan payung sebelum hujan.
      D  nak kayu berdikit-dikit, nak tuah
           bertabur urai.

  1. Ramasamy akan menyiapkan semua kerjanya kerana baginya setiap kerja yang dibuat hendaklah diselesaikan.
Hal ini diibaratkan sebagai
      A  kerja yang baik disegerakan,
           jangan ditimpa kerja buruk.
      B  kalau pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit.
      C  ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
      D  biar lambat, asalkan selamat.

  1. Dalam membuat sesuatu pekerjaan, kita hendaklah melakukan mengikut peraturan. Hasil yang diperoleh pasti amat memuaskan.
Perbuatan ini ibarat
A  mencurah air ke daun keladi.
B sedikit-sedikit lama-lama jadibukit
C  ringan tulang berat perut.
            D  mamah dahulu sebelum telan.

  1. Penduduk kampung amat bersimpati dengan keperitan hidup Kak Peah. Dia terpaksa menyara hidup keluarganya selepas kematian suaminya. Hal ini ibarat
A  berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
            B  alah bisa tegal biasa.
            C  kusut di hujung, lari ke pangkal.
            D  sediakan payung sebelum hujan.

  1. Pinangan Razi ditolak oleh bapa Anita yang kaya itu. Bagi ayah Anita, anaknya itu hanya sesuai berkawan dengan orang yang setaraf sahaja. Hal ini ibarat
A  jangan bercermin di air yang keruh
B  biar titik, jangan tumpah.
C  pipit sama enggang, mana boleh terbang bersama. 
D  biar putih tulang,jangan putih mata
   
  1. Sungguhpun Amran begitu pendiam, namun dia sebenarnya bijak, tidak seperti Harun yang banyak bercakap tetapi bodoh. Situasi ini ibarat
A  berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.
            B  kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
            C  ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni.
            D  diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.

  1. Sungguhpun zaman telah berubah, namun adat Melayu masih tetap diamalkan.Keadaan ini ibarat
A  nasi sudah menjadi bubur.
B  menanti kucing betanduk.
C  tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
D  tidur tak lena mandi tak basah.

  1. Sudah berkali-kali Mak Biah menasihati anaknya supaya jangan terlibat dengan lumba haram. Namun segala nasihatnya itu tidak dipedulikan oleh anaknya. Keadaan ini dikatakan
A  seperti mencurah air ke daun keladi
            B  seperti pahat dengan penukul.
            C  bagai kacang lupakan kulit.
            D  bagai si buta kehilangan tongkat.

  1. Ketua kampung mengambil sikap berhati-hati dalam menyelesaikan masalah yang melanda kampungnya. Dia tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak. Perbuatan ini ibarat
A  sarang tebuan jangan dijolok.
B  menarik rambut di dalam tepung.
C  ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
D  di mana bumi dipijak, di situ  langit dijunjung.

  1. Kehidupan masyarakat kampung sangat rapat. Mereka sentiasa bekerjasama dalam setiap perkara. Perbuatan ini dikatakan
A  bagai pinang dibelah dua.
B  seperti ikan pulang ke lubuk.
C  bagai bumi dengan langit.
D  seperti aur dengan tebing.

  1. Encik Badri tiba-tiba menjadi tidak tentu arah dan kebingungan sebaik sahaja mendengar khabar anaknya meninggal dunia. Keadaan ini dikatakan
A  gegak seperti hendak roboh.
B  bagai kucing kehilangan anak.
C  seperti cacing kepanasan.
D  seperti anak ayam kehilangan ibu.

  1. Amin sentiasa berhati-hati dan senangmelakukan sesuatu pekerjaan mengikut kemampuannya sendiri. Perbuatan ini umpama
A  ukur baju di badan sendiri.
B  untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
C tak mungkin pisang berbuah dua kali.
D  ulat di dalam batu pun boleh hidup

  1. Segala usaha yang dijalankan oleh seseorang dengan rajin tanpa mengharapkan bantuan orang lain akan membuahkan hasil yang membanggakan. Situasi ini umpama
A  ayam bertelur di atas pagar.
B  asal ditugal, adalah benih.
C  batu direbus, masakan empuk.
D  belah dada, lihatlah hati.

  1. Tidak hairanlah Azmie mengikut jejak langkah bapanya menjadi seorang peguam. Keadaan ini dikatakan
A  bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
B   alah sabung, menang sorak.
C  ada gula, adalah semut.
D  alang-alang mandi biar basah.

  1. Amin dan adiknya sentiasa berselisih faham, namun keadaan ini tidak pernah berlarutan. Mereka akan berbaik semula. Situasi ini ibarat
A  air digenggam tiada tiris.
B  air pun ada pasang surutnya.
C  air dicincang tidak akan putus.
D  air besar, sampan tak hanyut.

  1. Penduduk Kampung Damai sentiasa bantu-membantu ketika mengadakan sebarang majlis keramaian di kampung itu. Perbuatan ini ibarat
A  berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
B  hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah.
C  buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
D  berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

  1. Setelah mengecapi kehidupan serba mewah, Shamsul tidak mahu lagi berkawan dengan kawan-kawan lama nya kerana dia takut mereka hendakmenumpang kesenangannya. Situasi ini ibarat
    A  makin murah, makin menawar.
    B  jangan dibawa resmi jagung,  semakin berisi semakin tegak.
    C  murah di mulut, mahal di timbangan.
    D  langit yang tinggi hendakditampar, bumi yang dipijak tidak dapat dicapai.

  1. Belindra yang membuat kerja tangan itu, tetapi Anita pula yang dipuji.Situasi ini ibarat
A    bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
B    masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
C    lain lubuk, lain kainnya.
D    lembu punya susu, sapi dapat nama.

34. Kami tidak tahan mendengar cerita Mak Cik Yam yang _____________kerananya sememangnya    suka banyak bercakap.
      A  seperti murai tercabut ekor.
      B  bagai isi dengan kuku.
      C  seperti lipas kudung.
      D  seperti anjing dengan kucing.

35. Kerosakan mesin itu hanya dapat dibaiki oleh Zainuddin kerana dia lebih tahu komponen-komponen  di dalam mesin tersebut. Inilah yangdikatakan
      A  indah khbar dari rupa
      B  makin murah makin menawar
      C  biar titik jangan tumpah
      D  jauhari juga yang mengenal manikam

36. Zainal bernasib baik setelah bertukar kerana majikan barunya langsung
      tidak membayar gajinya, sama seperti majikan lamanya.
      Kehidupan Zainal diibaratkan sebagai
      A  sudah jatuh ditimpa tangga
      B  berkerat rotan berpatah arang
      C  layang-layang putus tali
      D  lempar batu sembunyi tangan

37. Setelah menjadi kaya-raya, dia tidak lagi menghiraukan kawan-kawannya yang banyak
      menolongnya ketika dia susah. Sikap itu umpama
      A  kera mendapat bunga
      B  sudah terhantuk baru tergadah
      C  burung terbang dipipiskan lada
      D  kacang lupakan kulit

38. Gadis itu sentiasa menjadi perhatian anak-anak muda di kampung ini keran
      kecantikannya yang tiada tolok bandingannya.
      Kecantikan gadis itu ibarat
      A  Belanda minta tanah
      B  hujan jatuh ke pasir
      C  bulan di pagar bintang
      D  pungguk rindukan bulan

39. Encik Wong telah berjanji untuk memberi anak buahnya ganjaran setelah mendapat projek itu 
      tetapi dia sendiri tidak berusaha untuk melaksanakan janji itu.
      Perbuatan itu ibarat
      A  biar putih tulang jangan putih mata
      B  menanam tebu di bibir
      C  nasi sudah menjadi bubur
      D  ular kena palu

40. Dia sentiasa kelihatan gelisah tadi. Dia seperti ____________.
      A  rusa masuk kampung
      B  api dalam sekam
      C  buang yang keruh, ambil yang jernih
      D  cacing kepanasan


                           
      Disediakan oleh,
                  Pn. See G.C.
                 Guru Bahasa Melayu



No comments:

Post a Comment